Thursday, 26 May 2016

Pengalaman mendewasakan kita

pengalaman mendewasakan kita

Aku sejak remaja memang minat berniaga, tolong mak abah berniaga  kat pasar malam,jual air tebu, jual burger, buka warung, jual lemang dan macam2 lagi. 
Masa kerja kilang tolong mak cik jual kain, tupperware, avon, carpet. 

Bila dah berumahtangga ada juga cuba berniaga, jual nasi lemak, kuih-muih, goreng pisang dan mcm2 lagi. Kami pun pernah berniaga dipasar tani, pasar malam. Jual udang galah, ikan, ketam dan makanan laut. Cuma bertahan selama 2tahun je. 

Selama menceburi bidang perniagaan ni bermacam2 perkara kami. lalui.Suka duka semua dirasa. 
Dari pengalaman lalu banyak yg kami pelajari. Akhirnya suami nekad berhenti kerja, dek kerana muak makan gaji dan melayan karenah majikan yang bermacam2. 
Bermula dengan cuba2, akhirnya kami mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan yg berkaitan dengan perkhidmatan pembersihan dan catering.Dengan modal yg tak berapa banyak kami mulakan perniagaan. 
Pelbagai cara kami gunakan untuk memperkenalkan perniagaan kami, diantaranya facebook. 

Alhamdulillah sehingga kehari ini perniagaan kami makin dikenali. Moga perniagaan kami terus maju dimasa akan datang. 



No comments:

Post a Comment